Friday 27 January 2012

Sejarah Penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang

Tarikh: 29 Januari 2007
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang
Program: Kursus Pemantapan Pusat Sumber Sekolah
Perasmian : Th. Hj.Shaharuddin bin Sharif ( PPD Kluang)

Kenangan Terindah Majlis GPM Kluang












Majlis Guru Perpustakaan telah ditubuhkan secara rasminya padas 29 Januari 2007, semasa kursus pemantapan pengurusan Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang.  Idea penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media terhasil dari perbincangan dengan rakan-rakan GPM Kluang semasa dalam perjalanan pulang menghadiri satu seminar anjuran BTPNJ di sebuah resort di negeri Pahang. Antara yang hadir bersama ialah Pn. Hjh. Padilah Shahran, Pn. Hjh Aminah, Pn. Hasdira dan beberapa rakan GPM yang lain. Idea penubuhan Majlis Guru Perpustkaan dan Media ini telah disampaikan kepada Tn.Hj Shaharuddin bin Sharif (PPD) Kluang telah diterima dan dipersetujui  Jesteru itu MGPM daerah Kluang telah diumumkan  penubuhannya secara rasminya  semasa ucapan penutup kursus oleh tuan PPD sendiri.

Bermula dari tarikh tersebut MGPM Kluang telah bergerak dengan melaksanakan satu projek besar pertamanya iaitu Pertandingan Jejak Maklumat peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Sekolah Tinggi Kluang dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar. Pertandingan jejak maklumat anjuran Perpustakaan Negara cawangan Negeri Johor,BTPNJ dan JPNJ itu adalah yang pertama dan yang terakhir diadakan. Alhamdulilah berkat kerjasama ahli-ahli GPM Kluang pertandingan tersebut telah diadakan dengan jayanya Setelah lebih lima tahun ditubuhkan Majlis GPM Kluang masih terus berkerjsama dan saling membantu dengan Pusat Kegiatan Guru alam melaksana dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.


Alhamdulilah berkat kesungguhan dan kerjasma tersebut BTPNJ telah bersetuju memberikan bilik saketeriat Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama dengan Majlis Guru Cemerlang sebagai satu pusat gerakan bersama bagi merancakkan aktiviti MGPM. Kalungan budi dan kasih kepada Tn. Hj. Ishak bin Mahbob KPP BTPN Johor dan rakan-rakan PKG yang sudi membenarkan kami menumpang berteduh di rimbunan BTP. Terima kasih tuan.

1 comment:

  1. Wonderful submit with plenty of wonderful content! I guess you may be on the appropriate way. All the best .
    Nissan Armada AC Compressor

    ReplyDelete

Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

Kursus Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluangdi PKG BANDAR

Pertandingan Jejak Maklumat

Pertandingan NILAM Peringkat Daerah Kluang 2011

Latihan Pusat NILAM Daerah Kluang 2011