Monday 30 January 2012

Kenangan Pertandingan Jejak Maklumat Negeri Johor 2007

Nama program: Pertandingan Jejak Maklumat Negeri Johor
Anjuran : JPNJ,BTPNJ,Perpustakaan negara dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
Tempat : SMK Tinggi Kluang dan SK Perempuan Bandar
Tarikh : 28 dan 29 Januari 2007



Friday 27 January 2012

Sejarah Penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang

Tarikh: 29 Januari 2007
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang
Program: Kursus Pemantapan Pusat Sumber Sekolah
Perasmian : Th. Hj.Shaharuddin bin Sharif ( PPD Kluang)

Kenangan Terindah Majlis GPM Kluang












Majlis Guru Perpustakaan telah ditubuhkan secara rasminya padas 29 Januari 2007, semasa kursus pemantapan pengurusan Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Tinggi Kluang.  Idea penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media terhasil dari perbincangan dengan rakan-rakan GPM Kluang semasa dalam perjalanan pulang menghadiri satu seminar anjuran BTPNJ di sebuah resort di negeri Pahang. Antara yang hadir bersama ialah Pn. Hjh. Padilah Shahran, Pn. Hjh Aminah, Pn. Hasdira dan beberapa rakan GPM yang lain. Idea penubuhan Majlis Guru Perpustkaan dan Media ini telah disampaikan kepada Tn.Hj Shaharuddin bin Sharif (PPD) Kluang telah diterima dan dipersetujui  Jesteru itu MGPM daerah Kluang telah diumumkan  penubuhannya secara rasminya  semasa ucapan penutup kursus oleh tuan PPD sendiri.

Bermula dari tarikh tersebut MGPM Kluang telah bergerak dengan melaksanakan satu projek besar pertamanya iaitu Pertandingan Jejak Maklumat peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Sekolah Tinggi Kluang dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar. Pertandingan jejak maklumat anjuran Perpustakaan Negara cawangan Negeri Johor,BTPNJ dan JPNJ itu adalah yang pertama dan yang terakhir diadakan. Alhamdulilah berkat kerjasama ahli-ahli GPM Kluang pertandingan tersebut telah diadakan dengan jayanya Setelah lebih lima tahun ditubuhkan Majlis GPM Kluang masih terus berkerjsama dan saling membantu dengan Pusat Kegiatan Guru alam melaksana dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.


Alhamdulilah berkat kesungguhan dan kerjasma tersebut BTPNJ telah bersetuju memberikan bilik saketeriat Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama dengan Majlis Guru Cemerlang sebagai satu pusat gerakan bersama bagi merancakkan aktiviti MGPM. Kalungan budi dan kasih kepada Tn. Hj. Ishak bin Mahbob KPP BTPN Johor dan rakan-rakan PKG yang sudi membenarkan kami menumpang berteduh di rimbunan BTP. Terima kasih tuan.

Kesepaduan Mengerak Pusat Sumber Sekolah Daerah Kluang

Wednesday, May 11, 2011 at 6:48 PM 
Salam,
Buat teman-teman Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
Bersama-sama kita mengerakkan PSS kita.


PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH KLUANG
DAN
MAJLIS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, DAERAH KLUANG

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLUANG

2011

1.       Nama Program : Kluster Pusat Sumber Sekolah
2.       Rasioanal Program :

           Pusat Sekolah Merupakan satu  unit yang telah lama wujud di setiap sekolah. Selaras dengan keperluan pendidikan masa kini program ini dirancang dan diadakan untuk memembantu setiap Guru Perpustakaan dan Media di daerah Kluang utuk mengurus dan mentadbir Pusat Sumber Sekolah masing-masing dengan cara yang professional dan  mengikut kehendak serta piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia.  Lebih-lebih lagi dewasa ini, terdapat begitu ramai Guru perpustakaan dan Media yang baru dilantik. Tiadanya pengetahuan , pengalaman dan kemahiran dalam mengurus pusat sumber sekolah akan menyebabkan perkembangan dan peranan yang sepatutnya dimainakn oleh pusat sumber sekolah itu terbantut dan gagal mencapai kecemerlangannya.

          Jesteru dari itu Pusat Kegiatan Guru dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang mengambil langkah yang pro aktif dengan memperkenalkan Program Kluster PSS ini.  Melalui usaha yang berterusan mengerakkan  ahli-ahli Guru Perpustakaan dan Media  dan PKG dengan mewujudkan kelompok-kelompok kecil (Kluster) yang akan berperanan  dan bertindak sesama sendiri dalam menyelesaikan pelbagai masalah, menjana idea dan kreativiti serta merancang pebagai  aktiviti  untuk merangsang pergerakan dan meningkatkan pengetahuan GPM terhadap Pusat Sumber Sekolah itu sendiri.

Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama semua pihak khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Bahagian Teknologi  Pendidikan Negeri Johor, dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembestaraian Pusat Sumber Sekolah  selaras dengan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan akadmik.




3.       Objektif Program

1.       Membangunkan PSS secara bersama (sharing idea and knowledge)

2.       Memastikan PSS Daerah Kluang sentiasa  aktif dan mencapai keperluan pendidin .

3.       Meningkatkan peranan PSS sebagai pemangkin kecemerlangan akademik di sekolah.

4.Menggunakan kemahiran dan sumber yang ada untuk mengatasi dan memulihkan  
   sebarang masalah.

5.Meningkatkan peranan dan kerjasama antara Guru Perpustakaan dan Media dan
   Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang.

6.Mewujudkan Link dan Networking antara pusat sumber sekolah di Daerah Kluang    
   secara terus.

7.Mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah  
   dikalangan Guru Perpustakaan dan Media itu sendiri.

8.Melaksanakan program PSS secara  bersama-sama.

9.Merapatkan hubungan sesama GPM dari sekolah yang pelbagai.

10.Mengangkat martabat GPM di mata masyarakat, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
     Kluang, dan Jabatan Pelajaran Johor.

4.       Kumpulan sasaran :

1.       Semua Guru Perpustakaan dan Media  Pusat Sumber Sekolah daerah Kluang

2.       Semua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru  Daerah Kluang.

3.       Juruteknik makmal komputer daerah Kluang.

5.       Pelaksanaan Program

1.Memilih sepuluh buah sekolah yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah.
              2. 10 k umpulan kluster dibentuk
3. Pemilihan ahli kluster terdiri dari pelbagai jenis sekolah.
4.Melantik penyelaras dan setiausaha kumpulan contohnya kumpulan Kluster 1
5.Penyelaras terdiri dari GPM yang berpengalaman dan lama dilantik.

6.        Mengambil maklumat lengkap ahli kluster masing-masing. Seperti, nama sekolah,
nombor telefon email, blog  dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.

7. Membincangkan  masalah , kelemahan. Kebaikan  dll yang perlu dalam kumpulan klusterr masing-masing.
8. Merancang aktiviti dan program untuk mengatasi masalah yang timbul.
9. Berbincang dengan pegawai PKG yang dilantik untuk kumpulan Kluster masing-masing.
10. Menghantar perancangan kumpulan Kluster kepada penyelaras dan pengerusi PKG.
11.   Mendokumentasikan program Kluster dan Laporan aktiviti dihantar kepada S/U Program dan Penghulu PKG

Pusat gerakan Kumpulan Kluster
1. Pusat Sumber Sekolah Ahli
2. Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran
3. Kawasan lain yang difikirkan sesuai

Penerangan Isu Umum
}  Konsep PSS
}  Pengurusan PSS
}  Fail Meja
}  Fail Kuasa
}  Fail-Fail di PSS
}  dll
Mengerakkan Kluster
  1. Mengadakan perbincangan (Face to face meeting)
  2. Mengadakan perbincangkan kumpulan
  3. Isu (1)
  1. Mengenal pasti masalah PSS sekolah ahli,
  2. Menyenaraikan masalah
  3. Membincangkan cara-cara mengatasi masalah
      pendekatan menggunakan sumber yang ada

}  Isu (2)
}  Mengesan Kekuatan PSS ahli contoh sistem pengurusan PSS, Keceriaan, Penglibatan pengawas, Kewangan,aktiviti dll.
}  Kongsi idea  sumber untuk mengembangkan potensi PSS masing-masing melalui
}  Contohnya. Lawatan, nasihat, latihan dll.

}  Isu (3)
}  Merancang aktiviti bersama
}  Khidmat bantu PSS
}  Keceriaan, gotong royong
}  Lawatan ke PSS
}  Aktiviti NILAM
}  Pembugaran PSS

AJK Program Kluster PSS
}  Penasihat
}  Tn. PPD Kluang
}  Pengerusi
}  Penghulu PKG Kluang
}  Penyelaras
}  Pengerusi GPM
}  Timbalan Penyelaras
}  Naib Pengerusi GPM
}  Setiausaha 1
}  S/U GPM

 Setiausaha 2
}  Pembantu Tadbir PKG
}  AJK
}  Semua Pegawai PKG Daerah Kluang
}  Semua Penyelaras kumpulan kluster

Anugerah NILAM JOHOR 2011

Wednesday, March 16, 2011 at 6:08 PM 

Vitiya a/p Tamil Selvam (SMK Bandar T.6)
Johan Kategori SMK Luar Bandar 
Anugerah NILAM Negeri Johor 2011

Salam,
Majlis Guru Perpustakaan dan Media mengucapkan syabas kepada semua Jurulatih Program NILAM (Majlis GPM Kluang) , guru-guru pengiring Daerah Kluang di atas kejayaan Vitya a/p Tamil Selvam dari SMK Bandar T 6 kerana berjaya menjadi Johan kategori Sekolah Menengah Luar Bandar di dalam Pertandingan NILAM Negeri Johor yang telah diadakan pada 2 hingga 3 Mac yang lalu. Sesungguhnya kerjasama dan usaha yang bersungguh pastinya membuahkan hasilnya. Tahniah dan syabas.

Majllis Guru Perpustakan Daerah Kluang Mengempur lagi.

Monday, February 21, 2011 at 8:30 PM 



Program: Bengkel folio dan persediaan tokoh NILM daerah Kluang 2011
Tarikh :  22-23 Febuari 2011
Tempat : PKGJA2003, Kluang Timur, 

Peserta Bengkel :

1. En. Ismail bin Yon- GPM SMK Jalan Mengkibol,Kluang.
2. Pn. Nazimah bt. Abd. Samad- Penyelaras NILAM SMK Tinggi Kluang.
3.Pn. Rosleen binti Salleh- SMK Tinggi Kluang
4. Pn. Hjh. Haslinda bt Elias - GPM SMK Tun Hussein Onn
5. Pn. Norashikin bt Mustaffa - GPM SK  KG Melayu
6. Pn.Hjh Padilah binti Shahran - GPM SK Perempuan Bandar  
7.Pn.Norhasdira bt Ahmad -GPM SK Chamek
8.Pn. Nurhaniza bt Abd. Samad -Penyelaras NILAM SMK Banadar T.6

Peserta NILAM daerah Kluang
1.Nuraqilah Rin bt. Shamsi  - SMK Tinggi Kluang
2.Vitya a/p Tamil Selvam - SMK Banda T.6
3.Siti Nurshaira bt Shafie -SK Perempuan Banadr
4.Nurul Khalisah bt. Mohamad Khairi - SK Kg Chamek

Majlis Guru Perpustakaan dan Media merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan bengkel ini khususnya kepada En. Razip bin Ramli penghulu PKG Kluang, Rakan-rakan Pegawai PKG Kluang dan Tn. Hj. Shahrudin bin Sharif Pegawai Pelajaran Kluang. Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan ini memberikan kejayaan yang cemerlang kepada peserta-peserta dari daerah Kluang.

Anugerah NILAM Daerah Kluang 2011

Friday, February 11, 2011 at 7:31 AM 





Taklimat  kepada Hakim NILAM



Para Hakim sedang menyediakan  teks untuk Anugerah NILAM

Salam,

Alhamdulilah , buat tahun kelima berturut-turut Majlis Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama dengan Pusat Kegiatan Guru Bandar Kluang telah berjasama mengadakan Pertandingan Anugerah NILAM peringkat daerah Kluang 2011. Pelbagai kenangan manis telah ditempuhi bersama sehingga berjaya membawa calon daerah Kluang ke Tahap. Tokoh NILAM Negeri Johor dan Kedua NILAM Kebangsaan. Syukur semuanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hajah Padilah Sahran GPM Sek. Ren. Perempuan Bandar. Pn. Norasyikin bnti Mustafa GPM. SK.KG. Melayu, Pn. Hasdira GPM SK KG Melayu Chamek,  Pn. Masliana GPM SK. Tengku Mahmud 2, Pn. Rosleen binti Salleh JKD MUET negeri Johor, Sek. Tinggi Kluang, Pn. Hjh Haslinda GPM SMK Tun Hussein Onn , Cik Syakiroh GPM SK.Bandar T.6. Pn. Hjh. Shima GPM SMK Belitng Kluang. En. Mohd Razip dan team PKG Kluang serta  tuan Haji Shaharudin bin Sharif PPD Kluang di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Anugerah NILAM Daerah Kluang 2011. Terima kasih tu

Purata Membaca Rakyat Malaysia

Tuesday, February 1, 2011 at 5:06 AM 
Salam,

Tugas Guru Perpustakaan dan Media menjana tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah.
Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun
Oleh Ruhaiza Rusmin harian metro 1/2/2011


PERSAINGAN...terlalu banyak persaingan bahan penerbitan picisan di pasaran menyebabkan bahan bacaan ilmiah lesu dan terpinggir.
USAHA melestarikan kecemerlangan sektor pendidikan negara bukan hanya memerlukan kewibawaan dalam melahirkan golongan bijak pandai malah merangkumi kepelbagaian aspek lain.
Ukuran pencapaian bukan saja diukur melalui kejayaan mengeluarkan pensyarah atau graduan berstatus cemerlang, malah dinilai melalui aspek penghasilan bahan bacaan ilmiah.

Sayangnya, penghasilan bahan bacaan ilmiah yang dianggap tulang belakang dalam proses pembudayaan ilmu itu masih gagal menepati cita rasa masyarakat yang lebih selesa dengan bahan bacaan ringan serta dianggap mampu merehatkan minda.

BANYAK PILIHAN...majikan kini mempunyai banyak pilihan, mereka yang menepati kualiti saja bakal diterima.
BANYAK MAKLUMAT...buku bacaan ilmiah mampu melestarikan proses penjanaan ilmu menjadi lebih kritis dan profesional.
Ini sekali gus bagai membenarkan tanggapan bahawa bahan bacaan ini memang tidak mampu dikomersialkan, namun dihasilkan bagi memenuhi tanggungjawab golongan tertentu semata-mata.

Persoalannya, mengapakah sukar menembusi minat masyarakat dan warga institusi pengajian tinggi, walhal kandungannya cukup lengkap untuk memenuhi keperluan kepentingan wacana pengembangan ilmu berteraskan pendidikan sepanjang hayat.

Pakar psikologi kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Sulaiman Selamat berkata, kecenderungan mahasiswa dan generasi muda memilih bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mudah, mewah, pantas dan selesa.
Menurutnya, budaya ini menjadikan mereka generasi malas berfikir, kurang berilmu dan hanya memberi fokus pada pendidikan berorentasikan akademik dan peperiksaan semata-mata.

"Inilah timbal balas daripada arus kemodenan dan peralihan zaman yang memperlihatkan semua aspek hanya ditangani secara mudah dan tanpa inisiatif. Hasilnya, banyak perlu dikorbankan termasuk ilmu pengetahuan.
"Budaya membaca di kalangan masyarakat sangat rendah. Bayangkan, jika membaca bahan berbentuk ringan pun tiada minat, bagaimana pula bahan ilmiah?
"Senario ini membimbangkan, apatah lagi sebahagian besarnya adalah golongan muda yang tentunya terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika kurang membaca, apakah lagi aspek yang boleh dijadikan taruhan?" katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.

Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).

"Dari situ, kita dapat melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap aktiviti membaca. Jadi bagaimana ingin melonjakkan diri menjadi masyarakat berilmu jika aktiviti mudah ini sukar dilaksanakan?" katanya.

Pengarah Penerbit UTM Press, Profesor Hishamuddin Jamaluddin berkata, bahan bacaan ilmiah bukanlah menjadi kegemaran kerana fokus utama yang disasarkan lebih menjurus kepada keperluan pemprosesan ilmu berbentuk serius dan terhad.

Secara amnya, mereka lebih menggemari bahan berbentuk ringan dan santai kerana proses pemahaman maklumat menjadi lebih mudah, selain tidak memerlukan ketelitian mendalam bagi memahami fakta.

"Tidak hairanlah, bahan ilmiah sukar menembusi permintaan pasaran berbanding bahan bacaan lain kerana 'sifatnya' yang sangat serius, padat serta banyak membabitkan fakta saintifik.

"Jika diberi pilihan, ramai menolak bahan bacaan ilmiah kerana tidak mahu membebankan otak dengan penjanaan maklumat sangat kompleks. Namun tidak boleh salahkan mereka kerana pilihan di tangan individu.
"Cuma menyedihkan bahan ini seperti terpinggir jika dibandingkan dengan bahan lain berbentuk picisan. Bahan bacaan ilmiah cukup menguji kemampuan intelek seseorang selain menaikkan prestij pengetahuan ke tahap lebih baik," katanya.

Lambakan bahan ilmiah di pasaran kian membimbangkan golongan intelektual kerana bukan saja permintaan berkurangan malah merencatkan industri penulisan subjek kritikal kerana tumpuan lebih diberikan kepada bahan bacaan yang mampu menjana pulangan lumayan.

Dengan kata lain, bahan ilmiah sukar dikomersialkan, sekali gus menghadapi masalah lambakan di pasaran mahupun pengeluaran terhad kerana permintaan yang sedikit.

Suatu ketika, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1,000 hingga 3,000 naskhah saja berbanding 3,000 hingga 5,000 naskhah pada era 80-an.

Mengulas mengenai kelesuan minat dan permintaan, beliau mengakui tiadanya daya tarikan terhadap kandungan mahupun cara susun atur selain penggunaan bahasa Inggeris sebagai antara faktor penyumbang terbesar.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu sukar dielak kerana penghasilan bahan bercetak berkenaan dibuat atas sasaran membudayakan peningkatan ilmu secara profesional, berilmiah dan fokus.

"Buku ilmiah memang membosankan, terlalu profesional dan korporat. Namun, itulah identitinya serta sukar dielak kerana tujuan ia diterbitkan untuk membudaya wacana ilmu serta meningkatkan daya intelek individu.

"Bagaimana boleh dikatakan ilmiah jika penyampaiannya dilakukan secara santai? Itu tidak akan mencapai matlamat penulisannya selain akan memporak-perandakan proses pengembangan ilmu yang berpaksikan fakta serta penyelidikan.

"Mesti ada perbezaan, cuma kehendak masyarakat suka kepada buku berbentuk ringan mengehadkan penjualan dan permintaan biarpun susun aturnya menarik," katanya.

"Budaya masyarakat tempatan yang sukar membaca menjadikan bahan ilmiah semakin terpinggir, ditambah pula tanggapan hanya untuk golongan 'pandai'. Kebanyakannya pula dalam bahasa Inggeris.

"Masyarakat menjadikannya alasan untuk menolak sedangkan kini banyak bahan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Hakikatnya, kita belum terbuka berbanding masyarakat antarabangsa yang sentiasa teruja dan terdedah dengan pelbagai bahan bacaan berat.

"Namun, mengatakan kita langsung tidak suka, itu tidak benar tetapi jumlahnya kecil," katanya.

Katanya, bahan ilmiah berkaitan pertanian, landskap dan reka cipta dan perubatan sentiasa dicari.

"Mungkin kerana mudah difahami, bergambar atau lama di pasaran menjadikannya diterima dalam lingkungan masyarakat termasuk sebagai bahan rujukan.

"Usaha lebih padu perlu dilakukan bagi menjadikan bahan ilmiah diterima selain mendidik masyarakat jangan terlalu taksub pada bahan picisan," katanya.


>INFO
> PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

> KINI kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mempunyai bahagian penerbitannya sendiri selaras usaha memperkaya dan memperbanyakkan lagi penerbitan bahan berbentuk ilmiah kepada masyarakat.

Antaranya Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

Kursus Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluangdi PKG BANDAR

Pertandingan Jejak Maklumat

Pertandingan NILAM Peringkat Daerah Kluang 2011

Latihan Pusat NILAM Daerah Kluang 2011