Friday 27 January 2012

“ASTRO TUTOR TV “

Tuesday, August 24, 2010 at 6:55 AM 

Salam,
Untuk makluman semua Guru Perpustakaan dan Media.

Kampus Astro telah melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang dikenali sebagai “ASTRO TUTOR TV “ pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Saluran ini adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Ia adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini juga diselitkan maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tips belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episode di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Diharap semua sekolah dapat memanfaatkan kemudah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

Kursus Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluangdi PKG BANDAR

Pertandingan Jejak Maklumat

Pertandingan NILAM Peringkat Daerah Kluang 2011

Latihan Pusat NILAM Daerah Kluang 2011