Lawatan Penanda Aras SMK Kahang Bt. 23
Salam,
Program:Lawatan Penanda Aras
Tarikh :3.November 2010
Masa:7.45 pagi -12.00 tengahari
Alhamdulilah,satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh rakan Guru Perpustakaan dan Media yang diketuai oleh Cik Hasniza binti Said bersama 3 orang rakan pengurus Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang Batu 23 yang terdiri dari Pn.Ili Amalina Abdullah,Cik AzlinaHani Bt Ithnin dan Cik Cheng Chuan Leng.
Melalui lawatan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan untuk memberikan kefahaman kepada rakan-rakan guru yang hadir untuk.
1.Membangunakn Pusat Sumber Sekolah
2.Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3,Fail-fail
4. Aktiviti
5.Peranan Panitia bersama Pusat Sumber sekolah
6. lawatan ke bilik-bilik khas
Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah,SMKJM merakamkanjutaan terima kasih kepada rakan-rakan pengurus PSS dari SMK.Kahang Batu 23 yang sudi hadir dan menjadikan PSS SMKJM ini sebagai penanda aras dalam bersama usaha meningkatkan peranan dan fungsi PSS di sekolah dan di daerah Kluang itu sendiri. Perkongsian ilmu dan idea amat diperlukan untuk membangunakan PSS KITA.
Selain dari itu,adalah diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab akan terus melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Memandangkan masa kini, ramai guru perpustakaan dan media yang dilantik adalah guru-guru baru mengajar dan mempunyai kepelbagaian bidang akademik bukan sains perpustakaan . Jesteru itu, perlu bagi guru-guru baru ini . memahami dan mendalami konsep Pusat Sumber Sekolah itu sendiri. Mudah-mudahan usaha yang baik ini akan menghasilkan pengurusan PSS yang cekap dan berkesan.
No comments:
Post a Comment